layout

Wednesday 15 February 2012

PPKI SKPB 2012

Assalammualaikum..
Program Pendidikan Khas SK Pekan Bongawan membuka tirai tahun 2012 dengan ucapan selamat meneruskan usaha yang cemerlang dalam mendidik anak-anak yang istimewa dan semoga usaha kita diberkati di dunia dan Insya Allah di akhirat sana.

PPKI SKPB pada tahun 2012 terdapat pertambahan dalam bilangan murid iaitu setakat ini seramai 31 orang murid dalam kelas MP dan 26 murid di dalam kelas Disleksia jumlah adalah seramai 57 orang.
Bagi tenaga pengajar kini di tadbir oleh Penolong Kanan Pend. Khas iaitu Pn. Dg Mariam Hj. Ag Ismail dan di bantu oleh seramai 11 orang guru dan 4 orang PPM. Pada tahun ini pelbagai program telah di rancang bagi memberi penglibatan murid bukan sahaja dari aspek sosial tetapi juga mendekatan dalam bidang akedemik terutamanya dalam kelas Disleksia yang mana pada tahun ini seramai 4 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah S.W.T. Amin

Thursday 3 November 2011

Sukaneka SKPB kali ke 32

Program Pendidikan Khas SK Pekan Bongawan telah terlibat dalam sukaneka pada 25 Oktober 2011 ia dijalankan sempena Kejohanan Sukan Sekolah SK Pekan Bongawan kali yang ke 32.


















Monday 17 October 2011

Kursus Pemantapan Program Pendidikan Khas Sesi 2012

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) atau In House Traning akan di kendalikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn. Dg Mariam Hj Ag Ismail yang mana Kursus Pendidikan Khas KSSR Tahun 2 2012 telah diadakan bagi Zon Barat pada 10 hingga 12 Okt 2011 yang lalu di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Kota Kinabalu. Bagi perkongsian ilmu Kursus ini akan dipanjangkan kepada semua tenaga pengajar Program Pendidikan Khas Integrasi S.K Pekan Bongawan pada 18 hingga 20 Okt 2011.
Seperti kursus LDP yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Sept 2011.


 "Semoga Segala Ilmu Yang Telah Diamanatkan Dapat Di Kongsikan Bersama"
Amin

Friday 30 September 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPKI SKPB 2011

Salam Lebaran Salam Pertemuan...
Pelita dipasang menyuluh rumah...
Kuih dihidang antapan tetamu datang...
Meriah sungguh Majlis kami terima kasih kerana datang...
Tarikh : 22 sept 2011
Tempat : Dewan Pekan Papar























Perasmiaan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Papar En. Abidin Bin Marjan









Bergambar kenangan dengan En. Abidin Bin Marjan Pegawai Pelajaran Daerah Papar bersama-sama dengan Warga pentadbir serta Warga PPKI S.K Pekan Bongawan