layout

Thursday 15 September 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Tarikh : 13 hingga 15 sept 2011
Tajuk :
1. Perealisasian Item KSSR Pendidikan Khas 2011
2. Pendedahan Guru-Guru Disleksia

Tempat : Kelas Pendidikan Khas SK Pekan Bongawan

Penceramah : Cikgu Mohd Sharizan Mahdin
Cikgu Hasfanida Ag Damit
Cikgu Suzilawaty Syaripuddin

Sasaran : Semua Guru-Guru Pendidikan Khas PPKI SKPB

Kursus yang dijalankan selama tiga hari ini adalah seagai salah satu pengisian selama tiga hari peperiksaan UPSR dijalankan di sekolah. Latihan dalam perkhidmatan ini juga adalah sebagai satu cabang perkongsian ilmu yang diberikan oleh rakan-rakan guru yang telah mengikuti kursus yang telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Negeri Sabah iaitu kursus pertama pada 28 dan 29 julai 2011 bertempat  di SK Pekan Kinarut manakala kursus kedua iaitu pada 22 hingga 26 Ogos 2011 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah di Penampang.
Kursus ini adalah bagi semua guru-guru supaya tidak tertinggal maklumat yang penting dalam perubahan sistem pendidikan kita masa kini.
























Para peserta mendengar dengan penuh khusuk dan mereka juga dibekalkan dengan lembaran bagi memudahkan penerangan dibuat. Semoga kursus ini dapat memberikan tambahan ilmu kepada para peserta.

Ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir serta tiga orang guru yang menjadi penceramah. Teruskan usah bagi memajukan diri dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi SK Pekan Bongawan.

No comments:

Post a Comment